TIPS PENJAGAAN SUTERA

1) Menjaga warna pada fabrik
    
    - Elakkan daripada merendam fabrik
    - Elakkan daripada menggunakan serbuk pencuci yang kuat kerana
      ia melunturkan warna 
    - Gunakan pencuci sutera yang dikhaskan 
    - Elakkan daripada menjemur fabrik terus di bawah sinar matahari
    - Elakkan daripada menggunakan bahan peluntur kerana ia akan
      menyebabkan sutera menjadi reput
    2) Menjaga urat benang sutera

        - Elakkan daripada menggunakan bahan pelembut kerana ia akan
          menyebabkan benang sutera mengembang lalu kain akan cepat
          memeri 
        - Memberus akan merosakkan urat benang sutera yang sangat
          lembut terutama pada sutera satin dan sutera jacquard
        - Elakkan daripada memerah fabrik sutera kerana ini akan memintal
          dan merosakkan aluran urat benang
      3) Kaedah menggosok sutera

          - Kelembapan yang ideal sewaktu fabrik sutera digosok adalah
            apabila fabrik tersebut kering kira-kira 80% (biasanya selepas
            2 jam fabrik dibasuh)
          - Jika fabrik terlalu kering, renjiskan air dan biarkan selama 10 minit
            sebelum menggosok
          - Panaskan seterika mengikut suhu yang ditetapkan khas untuk
            sutera
        4) Penyimpanan sutera

            - Hendaklah disimpan tergantung dengan penyangkut pakaian
            - Tidak digalakkan melipat kerana ia akan merosakkan benang
              sutera

          PENTING

              - Kain sutera tidak boleh bersentuh dengan spirit atau alkohol
              - Elakkan daripada minyak wangi terkena secara terus dengan
                sutera
              - Kain sutera yang terkena minyak wangi akan jadi berkedut dan
                tidak akan kembali licin seperti asal

            ORDER FORM

            Name:
            Email Address:
            Contact No.:
            Mailing Address :
            Postcode:
            Selected Code :