INFO BATIK
Batik Canting
Batik canting juga dikenali sebagai batik lukis. Proses membuat batik canting bermula dengan meregang sehelai kain pada pemidang. Canting yang berisi campuran lilin cair dilakar di atas kain dengan reka corak bebas. Lakaran ini kemudiannya diwarna mengikut kesesuaian reka corak.
Selain daripada kain kapas, pengeluar batik juga menggunakan kain sutera, rayon, voile dan lain-lain yang bersesuaian. Motif berunsurkan alam semula jadi dan geometri bebas sering menjadi pilihan dalam reka corak batik canting.
Pengusaha lelaki lebih mendominasi pengeluaran batik blok manakala bagi batik canting lebih banyak melibatkan pengusaha wanita. Batik canting amat sesuai dijadikan sebagai pakaian wanita dan lelaki untuk menghadiri majlis rasmi ataupun pakaian untuk bersantai seperti pareo, kaftan dan skaf.
Kini batik canting yang dilukis halus juga dijadikan sebagai item untuk hiasan dalaman. Kombinasi penggunaan teknik tradisional dan kontemporari dalam pengeluaran batik canting dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antara bangsa. Batik canting kini dijadikan sebagai kelengkapan rumah serta perhiasan dalaman yang cantik dan menarik.
Sumber : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
BERMINAT ?
HUBUNGI
TEL : 012-3021152
EMAIL : suterairis@yahoo.com
|
KOD : MM510 FABRIK : CREPE | WARNA : BIRU HIASAN : BATU PERMATA HARGA : RM280
SOLD |
|
KOD : MM517 FABRIK : CREPE | WARNA : PEACH-PINK
HARGA BIASA : RM250 HARGA PROMOSI : RM230
SOLD (CIK ROS) |
|
KOD : EBT493 FABRIK : CREPE | WARNA : PEACH HARGA : RM280
SOLD
|
|
KOD : EBT499 FABRIK : CREPE | WARNA : SILVER
HARGA BIASA : RM280 HARGA PROMOSI : RM260
SOLD
|
|
KOD : EBT515 FABRIK : CREPE | WARNA : HITAM/PUTIH
HARGA : RM290
SOLD (K.MID) |
SILA ISI BORANG DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
0 comments:
Post a Comment